Friday, 2 March 2012

Jadilah anak yang soleh

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat sama kamu ?

Anak : Sebab saya anak mak kan ?

Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu ...

Anak : Apa itu emak ?

Mak : Kerana boleh jadi kamulah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti ..

Anak : Mak ! Janganlah ...

Mak : Jadi anak soleh ye .. mak perlukan doamu di sana nak ... ( lantas mengalirkan air mata cinta )


Ajaibnya tangan seorang ibu

Ketika kita lapar,
tangan ibu yang menyuap ...


Ketika kita haus,
ibu yang memberi minuman ...


Ketika kita menangis,
tangan ibu yang mengesat air mata ...


Ketika kita gembira,
tangan ibu yang menadah syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia ...


Ketika kita mengantuk,
tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang ...


Ketika kita mandi,
tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,
membersihkan segala kekotoran ...


Ketika kita dilanda masalah,
tangan ibu yang membelai duka sambil berkata :


"Sabar nak, sabar ye sayang ~"


Betapa besarnya jasa ibu kepada kite ...


I LOVE YOU SO MUCH MOM :')

Real Happiness & Peace

Real happiness and peace can be found in submitting to the commands of the Creator and the Sustainer of this world. God has said in the Quran :


" Truly, in remembering God do hearts find rest. " (Quran 13:28)


On the other hand, the one who turns away from the Quran will have a life of hardship in this world. God has said :


" But whoever turns away from the Quran, he will have a hard life, and We will raise him up blind on the Day of Judgement. " (Quran 20:124)


For example, look at Cat Stevens (nnow Yusuf Islam), formerly a famous pop singer who used to earn sometimes more than $150,000 a night. After he converted to Islam, he found true happiness and peace, which he had not found in material success. Subhanallah ~

Thursday, 1 March 2012

Kenapa perempuan melayu senang kene rasuk

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salahnya ... ?

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan ...

Kes histeria di sekolah kat BSB .. Misteri di asrama puteri terjawab !

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar legar di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu, lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir hampir pengsan dibuatnya ...

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu !! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu ...

" Mengapa kau merasuk pelajar sekolah di sini hah ? Jawab ! Kenapa gadis melayu menjadi sasaran kau wahai syaitan yang di rejam ??? "

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab ... " Siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati, tiada memikat ~ kalau la memang tak mungkin aku tertarik, kalau la sungguh tak mungkin aku MERASUK ... aduhai ~ "

Sadis tragis sunngguh kejadian ini, hahaha :P